Bagi mencipta kenangan manis dan memeriahkan lagi hari pertama persekolahan bagi sesi 2026, Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. melalui jenamanya Gardenia Squiggles tampil mengedarkan lebih 1,300 pek snek enak kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor.
Petaling Jaya, 12 Januari 2026 – Bagi mencipta kenangan manis dan memeriahkan lagi hari pertama persekolahan bagi sesi 2026, Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd. melalui jenamanya Gardenia Squiggles tampil mengedarkan lebih 1,300 pek snek enak kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1, Selangor.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Kembali ke Sekolah Bersama Gardenia Squiggles 2026 yang bertujuan untuk menceriakan suasana hari pertama sekolah khusus buat murid-murid Tahun 1, di samping mengurangkan rasa gementar dan membina semangat positif dalam diri murid untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu.
“Suasana hari pertama sekolah selalunya penuh debaran, bukan sahaja bagi murid tetapi juga ibu bapa. Kami di Gardenia ingin menjadi sebahagian daripada detik istimewa ini dengan membawa keriangan dan sentuhan kasih sayang melalui snek Squiggles yang lazat untuk kanak-kanak. Squiggles bukan sekadar snek, tetapi roti roll yang membangkitkan nostalgia dalam setiap gigitan. Dengan dua perisa kegemaran ramai, iaitu Funky Strawberry dan Choco Malto, Squiggles terus membawa keceriaan kepada semua tanpa mengira usia,” kata Puan Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.
“Inisiatif ini adalah cara kami menghargai komuniti sekolah termasuk para guru, ibu bapa dan murid yang sentiasa bersama Gardenia dalam usaha membina generasi yang ceria, aktif dan bertenaga,” tambah beliau lagi.
Program yang berlangsung dari jam 6.30 hingga 10.00 pagi itu turut disambut meriah oleh seluruh warga sekolah. Kehadiran pasukan Gardenia menceriakan suasana di pintu masuk sekolah menerusi pengedaran Gardenia Squiggles kepada murid. Lebih istimewa, 10 orang murid terawal yang hadir ke sekolah turut menerima hadiah khas sebagai tanda penghargaan dan motivasi untuk terus berdisiplin serta bersemangat memulakan hari persekolahan setiap pagi.
Program ini turut diserikan dengan sesi interaksi ringkas bersama murid menerusi aktiviti kuiz semasa perhimpunan. Sesi ini bukan sahaja mencetuskan keterujaan dalam kalangan murid, malah secara tidak langsung mendidik mereka tentang pilihan snek yang menyeronokkan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila murid-murid tampil dengan penuh keyakinan untuk menjawab soalan dan memenangi hadiah.
Gardenia berhasrat untuk meneruskan dan memperluaskan inisiatif seumpama ini ke sekolah-sekolah lain pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat dalam menyokong pembelajaran positif serta menyemai motivasi dan kecemerlangan dalam kalangan murid-murid sekolah.
This press release has also been published on VRITIMES
You may also like
-
Ecommerce Giant Case Valker Expands into Offline Retail with Three Klang Valley Stores, Marking New Growth Phase
-
Join PetroSync ASME Training to Master Global Engineering Standards
-
From Global Concerts to Retail Innovation Press Release
-
Gen Z Shows Strong Interest in Health & Wellness Entrepreneurship, Prioritising Purpose and Autonomy Over Sales-Driven Roles
-
HELP University’s Institute of Crime and Criminology Explores Strategic Collaboration with MACA and IIM
We Spoke with 100+ Philippine Importers and Traders. What We Heard Compelled Us to Build a new Sales System.
Only 0.0025%: RAYDEL’s Rare Authentic Policosanol from 100 Tons of Sugarcane
IDSurvey Group Berangkatkan 1.400 Pemudik ke 10 Kota Tujuan dalam Program Mudik Bersama BUMN 2026